login

Pusat Inovasi Pendidikan Kerjaya

MATLAMAT

  • Membantu pelajar SPM dan STPM menentukan halatuju pendidikan dan kerjaya yang sesuai dengan potensi diri
  • Membuka peluang pendidikan lanjutan dan kerjaya kepada pelajar lepasan SPM dan STPM
  • Meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM melalui pendedahan maklumat kerjaya
  • Merealisasikan anjakan Ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menggalakkan penglibatan Ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
  • PIPK menyokong perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang berkesan serta sistematik di mana PIPK mengandungi data yang tepat, maklumat semasa, bercorak aneka bahan rujukan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan watak organisasi.

TUJUAN

  • Mendapatkan sokongan pihak-pihak bersekepentingan dalam bentuk bantuan kewangan, kepakaran teknikal dan sokongan moral bagi meneruskan kelangsungan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang berkesan oleh PIPK

RASIONAL

  • Penubuhan PIPK adalah permulaan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang bertujuan membantu individu yang memerlukan maklumat tentang kerjaya. Biasanya maklumat yang terkumpul dengan teratur dan sistematik di suatu tempat khas akan dapat membantu individu mendapatkan jawapan tentang persoalan berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
  • Individu boleh juga mendapatkan penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan dari seorang penasihat kerjaya atau career advisor.
  • Individu yang datang mengunjungi PIPK akan dapat membaca, menyedari peluang pendidikan dan latihan yang terbuka untuk mereka dan boleh berbincang secara lebih mendalam bersama penasihat kerjaya tentang hal kerjaya dan perkembangan swadiri.

OBJEKTIF

  1. Membantu individu yang memerlukan maklumat tentang kerjaya mendapat jawapan tentang soalan yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
  2. Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif di mana segala maklumat terkumpul dengan teratur di satu tempat khas.
  3. Individu mendapat penjelasan yang sempurna dan teratur dengan bantuan serta bimbingan dari penasihat kerjaya yang terlatih